Thursday, 6 October 2011

Nak Lebih Info?

Ada yang tanya kenapa hanya letak nama dan gambar tumbuhan herba saja. Mana info pasal herba tersebut? 

Terima kasih kepada yang bertanya. :)

Untuk permulaan, saya hanya akan bagi nama dan gambar sahaja. Kemudian saya akan kemaskini info berkaitan termasuk cara mengenalpasti, kebaikan dari segi perubatan dan kegunaan, dan juga produk yang telah dikomersialkan daripada herba atau rempah tersebut. 

Kenapa saya tak buat satu-satu? Sebenarnya itu baik juga, tetapi saya dapati sangat banyak maklumat dan kebaikan untuk satu-satu herba tersebut. Untuk memastikan info yang akan dibekalkan nanti cukup lengkap dan berguna, saya rasa cara seperti di atas lebih baik. Ini kerana ramai kita yang tak tahu kebanyakan tumbuhan yang ada di sekitar kita sebenarnya herba ataupun tumbuhan berguna. Ada yang kita tahu khasiatnya tetapi tak tahu apa nama tumbuhan tersebut. Jadi mula-mula kita kenal melalui nama dan gambar. Bila lihat gambar dan kita rasa macam pernah lihat tumbuhan tersebut barulah timbul minat untuk tahu kebaikannya. 

Negara kita kaya dengan sumber biodiversiti yang sangat banyak. Negara lain berebut untuk lakukan kajian ke atas sumber biodiversiti kita. Hasil kajian mereka ini telah mereka komersialkan. Kita ada sumber bahan mentah termasuk herba itu, tetapi kita yang menjadi pembeli produk mereka. 

Bila saya fikir-fikirkan, cara inilah yang dapat bantu kita untuk belajar tentang sumber alam kita. Bila sudah ada ilmu mudah bagi kita mencuba perubatan alternatif menggunkan herba ini. Bukan saja lebih murah tetapi semulajadi. Dari segi peluang perniagaan itu memang ada. Pandai-pandailah kita melihat dan mencuba peluang itu.

No comments:

Post a Comment