Thursday, 6 October 2011

Nak Lebih Info?

Ada yang tanya kenapa hanya letak nama dan gambar tumbuhan herba saja. Mana info pasal herba tersebut? 

Terima kasih kepada yang bertanya. :)

Untuk permulaan, saya hanya akan bagi nama dan gambar sahaja. Kemudian saya akan kemaskini info berkaitan termasuk cara mengenalpasti, kebaikan dari segi perubatan dan kegunaan, dan juga produk yang telah dikomersialkan daripada herba atau rempah tersebut. 

Kenapa saya tak buat satu-satu? Sebenarnya itu baik juga, tetapi saya dapati sangat banyak maklumat dan kebaikan untuk satu-satu herba tersebut. Untuk memastikan info yang akan dibekalkan nanti cukup lengkap dan berguna, saya rasa cara seperti di atas lebih baik. Ini kerana ramai kita yang tak tahu kebanyakan tumbuhan yang ada di sekitar kita sebenarnya herba ataupun tumbuhan berguna. Ada yang kita tahu khasiatnya tetapi tak tahu apa nama tumbuhan tersebut. Jadi mula-mula kita kenal melalui nama dan gambar. Bila lihat gambar dan kita rasa macam pernah lihat tumbuhan tersebut barulah timbul minat untuk tahu kebaikannya. 

Negara kita kaya dengan sumber biodiversiti yang sangat banyak. Negara lain berebut untuk lakukan kajian ke atas sumber biodiversiti kita. Hasil kajian mereka ini telah mereka komersialkan. Kita ada sumber bahan mentah termasuk herba itu, tetapi kita yang menjadi pembeli produk mereka. 

Bila saya fikir-fikirkan, cara inilah yang dapat bantu kita untuk belajar tentang sumber alam kita. Bila sudah ada ilmu mudah bagi kita mencuba perubatan alternatif menggunkan herba ini. Bukan saja lebih murah tetapi semulajadi. Dari segi peluang perniagaan itu memang ada. Pandai-pandailah kita melihat dan mencuba peluang itu.

Wednesday, 5 October 2011

Daun Tapak Liman (Elephantopi scaberis)


Daun Tapak Liman yang sihat dan sesuai untuk digunakan.


Keseluruhan Daun Tapak Liman (dari akar hingga daun) digunakan untuk tujuan perubatan.


Bahagian bunga juga turut digunakan.


Daun Tapak Liman yang sudah dikeringkan dan dibungkus, sedia untuk dijual.

Halia (Zingiberis Rhizoma)


Daun halia muda boleh ditambah ke dalam sup ikan/daging untuk menaikkan bau wangi.


Halia muda yang baru dituai dari batas. 


Halia tua digunakan untuk masakan dan perubatan.

Kunyit (Curcuma domesticae Rhizoma)



Daun Kunyit segar digunakan untuk masakan daging dan sup.


Bunga Kunyit bukan saja cantik, tetapi boleh dijadikan ulam.


Rimpang Kunyit diproses sebagai bahan rempah dan untuk tujuan perubatan.

Temu Kunci (Boesenbergiae Rhizoma)


Rimpang Temu Kunci banyak digunakan dalam produk herba untuk wanita.

Halia Liar / Spindle Ginger (Hornstedtia scyphifera)





Batang Halia Liar serupa dengan batang Tepus, tetapi lebih besar dan daunnya lebih lebar. Batang berdaun ini kadangkala digunakan sebagai atap pondok untuk berteduh buat sementara.


Buah Halia Liar ini mengandungi bahan perubatan tersendiri. Buah yang sudah tua (biji bewarna hitam) boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya masam manis.


 Kulit batang Halia Liar liat dan tahan lasak. Ia dikopak dan dijemur, kemudian akan digunakan untuk membuat barangan kraftangan untuk kegunaan harian.

Kacip Fatimah (Labisia Pumila)


Kacip Fatimah yang tumbuh liar di hutan.


Bunga Kacip Fatimah ini dapat membezakan Kacip Fatimah dengan tumbuhan liar lain.


Bahagian batang Kacip Fatimah yang telah dikeringkan.

Tuesday, 4 October 2011

Tongkat Ali/Pasak Bumi (Eurycoma longifolia)


Pokok Tongkat Ali liar


Buah Tongkat Ali yang sudah masak

Akar Tongkat Ali merupakan bahagian yang paling banyak dikomersialkan setakat ini.